Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 97

2021-02-01 15:28:44
Apa Nak Buat Bila Penat Emosi dan Minda Kemudian Banyak Terlepas Pada Anak ?

Asasnya, adakan/dapatkan perkara ini (3R):

1. Relaks. Secepat tarik nafas dalam 1 kali (3 saat), atau 6 kali berterusan (35 saat);

2. Respons kepada stres diri dengan berkongsi (luah=lega) dan dapatkan maklumbalas dari individu yang tepat (2=way communication), bersenam, outing dan sebagainya.

3. Refleksi sendiri (can be spiritual me time also), juga boleh tulis/lukis. Ia agar cycle kurang sihat (silap tindakan itu) tidak berterusan = bermaksud kita nak kembali ke track lurus (jika tak, semakin jauh tersasar).

Kita sendiri perlu #breakthecycle. Kita adalah ibubapa terbaik untuk anak kita sendiri.

Semoga semuanya sihat emosi dan bertambah baik insyaAllah
.

Maznah Ibrahim

Webinar penat emosi dan solusi (strategi dan teknik) :

Maklumat lanjut di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t2210202
2.2K viewsedited  12:28
ओपन / कमेंट
2021-02-01 09:02:31 Gaduh baik gaduh baik gaduh baik
~~^_^~~~^_^~~~~~~~~~~

"Abang garang"- kata KN (2 tahun)

"Abang cuma tegur.." - kata Fateh (5 tahun)

"Fateh bagitahu la macam ni, Adik, abang tak boleh bagi adik main ni takut bercampur, tapi Adik boleh main ni" (explain, dan replace, beri option lain/alternatif)

1. Fateh mendengar sahaja, dan saya yakin dia rakam skrip jenis ini, dan akan guna nanti.
.

2. Sebab sebelum ini kaedah lama dia, dia akan cepat tarik Adik ke belakang dari TV dengan cara pegang kedua ketiak adik. Adiknya tidak suka.
.

Saya ajar alternatif, distract adik tengok ke belakang kemudian ajak dia ke belakang, memang itulah teknik distraction yang dia selalu guna selepas itu. - kat sini teknik alternatif memang perlu diajar kepada anak, dia tak tahu /ada idea langsung ok.
.

3. Fahami karektor dan style anak sulong kita, memang 'protector', dominan, 'leader', ditambah hormon kelelakian sedang 'peak' di usia 5, dan Otak Thinking : sah, suka jawatan, kuasa, tanggungjawab dan memang tegas 'straight to the point' orangnya,
.

4. Raikan ciri anak lelaki sulong kita, bukan matikan dengan tak izinkan dia tunjuk kuasa keabangan dia, tapi bantu dia 'adjust' tenaga dan teknik keabangan dia, dan bantu adik 'adjust' dengan karektor 'strong' si abang ni.
.

5. Ingat, semua anak berpotensi jadi 'leader', cuma anak kedua belum ada adik untuk dia 'leading' kan. Hakikatnya apa dia pelajari dari abang-adik kini, akan jadi konsep kendiri adik-beradik mereka kelak, dan diwarisi turun temurun nanti.
.

6. Untuk Fateh mudah, dia sudah sangat FAHAMI si adik sedang peringkat egosentrik tinggi, 'emotional brain' sedang 'peak' (emosi dirasai - terus letus), dan dia faham dan percaya dirinya juga begitu masa usia 2, cuma dia tak tahu cara sebenar diri dia bagaimana sebab takda rakaman video atau saksi lain selain apa mami ayah dia cakapkan . Bukti dia faham benar ialah bila dia kata kat mami dia "Mami, adik kan kecil lagi, budak kecil memang macam tu" bila saya ada terlupa dan berbuat silap melayani si adik.
.

7. Untuk si adik ni, dia tetap rasa hormat abang, salam tangan abang bila lagu Omar dan Hana (main sama-sama, kongsi mainan) tu, dan terusan diasuh/'educate' untuk teknik asertif, beritahu abang apa dia nak, bukan terus menangis meledak dan mengadu pada ibubapa sahaja.... - yang ni makan masa untuk dia master skil asertif ni, pernah dia berjaya buat, kebanyakan masa dia terlupa dan tak berjaya buat.
.

25 Sept 2017
.....

Haaa.. kini sudah 9 tahun si abang dan 6 tahun si adik (Kakak KN: Feb 2021 nanti), dan KN memiliki adik lagi Yumna (akan 3 tahun bulan 5 nanti),

Mudah untuk KN lalui fasa ini sebab dia telah lalui dididik semasa dia fasa 2 tahun yang keras tu hehehe. Dia banyak kali tanya, Mummy Yumna dah 3 tahun ke (sebab dia tahu perkembangan adiknya yang egosentrik sungguh sejak 2 tahun, panjang rasanya... dia sabar dan terus bersabar. Malah dia dibuli Yumna lagi ada la hahah).

Didik dan terus didik.
Bukan marah semata tapi meng arahkan hala yang baik,
dengan cara yang lebih sesuai, iaitu masukkan input:

1. info perkembangan adik (fasa adik usia itu apa dia, usia bayi tidak bergerak dan belum boleh bermain, terlentang dan memerlukan bantuan, usia 2 ego, keras, dan semua barang dia barang dia dan barang abang/kakak barang dia,)

2. skil tegas diri ( say no, dan request: Adik tak boleh tarik rambut kakak tapi sentuhan selamat aja)

3. Falsafah orang sabar ialah orang yang menang. Sabar itu ada ganjarannya walau tak nampak hasil lagi, ibu ayah lah yang nampak dan berikan ganjaran pujian dan peneguhan melalui perkataan dan perhatian.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210202
2.1K views06:02
ओपन / कमेंट
2021-02-01 08:42:54
1.8K views05:42
ओपन / कमेंट
2021-01-31 04:56:20 Antara yang kita mahu cipta dan ambil peluang dari tempoh PKP ialah momen bermakna bersama anak-anak.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
2.1K viewsedited  01:56
ओपन / कमेंट
2021-01-31 04:55:50
2.0K views01:55
ओपन / कमेंट
2021-01-30 19:14:10
Antara cara komunikasi yang berkesan untuk anak yang buat mereka gembira ialah:

1. dukung
2. baring

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
2.1K viewsedited  16:14
ओपन / कमेंट
2021-01-30 16:08:19 Untuk semua ibubapa yang membaca ini.
syabas anda telah berusaha, dan cuba lakukan yang terbaik setiap hari untuk anak anak anda.

tutup mata pada ketidaksempurnaan
kerana proses melatih diri menjadi dan mencuba lebih baik setiap hari,
adalah amat besar nilainya,
walau progres nya anda nampak macam kecil.

Impaknya tetap ada,
usah mengalah,
petanda nak dekat jaya tu ialah pabila lagi diuji dan diuji kerana anda diuji dengan ilmu, dan kemahiran yang anda sudah ada,
walau dengan bacaan ringkas sahaja.

go ahead.
move forward.
do better in your every single day.
reward yourself,
do self care.


maznah ibrahim.

T.mazn.me/chan
2.0K views13:08
ओपन / कमेंट
2021-01-30 16:07:20
1.9K views13:07
ओपन / कमेंट
2021-01-30 07:08:24
https://www.utusan.com.my/gaya/2021/01/normalkah-remaja-memberontak/
2.0K views04:08
ओपन / कमेंट
2021-01-29 18:51:45 Ramai Orang, Malah Semua Orang Ada Hasrat untuk Jadi a Better Person, The Best Parent
. .

Dan, agak ramai juga ter 'stuck' terperangkap dalam satu keadaan dinamakan: Abusive Childhood iaitu pengalaman awal kehidupan sebagai kanak-kanak, adalah tidak seindah seperti sesetengah orang yang bertuah.
.

Terperangkap dalam satu ruang yang hanya sendiri tahu, dan rasa. Dalam minda dan hati. Kekliruan dan 'struggle' ini diterjemah melalui tingkahlaku yang hampir sama dengan apa ibubapa mereka lakukan kepada mereka, tapi kini mereka lakukan kepada anak mereka pula.
.

Yang menyayukan hati ialah, pabila diri ibubapa ini yang sudah besar dewasa dan menjadi ibubapa pula, ibubapa mereka masih melayan mereka seperti mereka ini anak-anak kecil dahulu. Masih dimarahi, diherdik, dipaksa, dikutuk, disindir, diketuk kepala/badan dan sebagainya.
.

Abusive words, treats - perlakuan dan perkataan masih sama seperti dahulu.
.

Pastinya ibubapa ini mahu keluar dari kepompong ini, mahu bebas menjadi diri seperti diinginkan. Seorang yang positif dan bebas lakukan sesuatu yang lain dari apa diterima.
.

Ini yang anda mungkin boleh cuba, bagi break the cycle, dan jadi diri anda yang anda mahu:
.

1. Solat sunat taubat, dan hajat. Mohon ampun atas kesalahan pernah lakukan samada sengaja atau di luar kawalan diri kepada pasangan dan anak-anak. Susuli dengan solat sunat hajat, minta Allah permudahkan untuk jadi diri anda yang baru dan positif. Allah akan bantu, lorongkan, ilhamkan beberapa saluran positif untuk anda masuk dan terlibat.
.

2. Banyakkan membaca, melihat dan terlibat secara fizikal dengan perkara positif: channel video dari individu positif. Contoh, Saya suka reflection dari video blog Aida Azlin di FB tentang kehidupan umum, melihat video dan perkongsian Puan Diyana Tahir di Youtube mengenai ehati dan membaca bahan bacaan berkaitan anak, kemanusiaan dll perkara positif untuk self development.
.

3. Banyakkan bergaul dengan kumpulan yang positif sahaja. Samada NGO, atau kumpulan ibu positif seperti Alumni EHSABAR (bias saya ni ) dll.
.

4. Banyakkan memberi - contoh dalam NGO tu banyak aktiviti kemanusiaan. Mungkin anda rasa, untuk memberi tidak mampu kerana diri sendiri juga tidak cukup kasih sayang positif. Namun percayalah, dengan memberi, contoh kewangan, masa, tenaga, idea buah fikiran, anda akan dapat satu 'kekuatan lain'. The more you give, the more you get. Tiada kemiskinan dalam bersedekah.
.

5. Teruskan berdoa dan melaksanakan aktiviti mendekati Ilahi, kerana hakikatnya semua ujian dan kesenangan kita adalah dengan izinNya jua. Pasti ada sesuatu yang anda boleh sumbang, namun dapatkan jawapan atau hikmah positif dari pengalaman kurang indah zaman kanak-kanak anda. Pabila anda sudah rasa bagaimana diperlaku tidak enak, maka anda tidak mahu berikan sesuatu yang tidak enak juga kepada orang lain dan anak sendiri.
.

6. Personal Therapy dengan seorang terapis yang sesuai dengan diri anda. Terapis ini akan bantu anda untuk self growing, development and healing too, bagi anda lepaskan segala kekusutan lama, dan bina sel baru, kekuatan untuk menjadi diri anda yang anda mahu.
.

7. Kurangkan kontak fizikal dengan ibubapa asal ini, jika serumah, usahakan rumah berbeza, jika kerap melawat, jarakkan kekerapan. Namun masih tetap mendoakan mereka dan layan baik semampunya.
.

Cubalah.
.

InsyaAllah anda adalah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak anda.
Tiada satu peristiwa kehidupan yang sesia, pasti ada rahmat, pandang dari sudut pandang positif, baik sangka dan kasih sayang.
.

Banyak kebaikan dan kekuatan luar biasa dari ibu ibu bapa sebegini, yang tidak ada pada ibu ibu bapa lain yang kelihatan lebih indah pengalaman kanak-kanaknya.
.
.


Refleksi,
Maznah Ibrahim.

.........................

p/s: InsyaAllah 'Live Webinar Parenting' premium percuma untuk Februari nanti adalah berkenaan mendorong anak dengan bahasa cinta ya. Stay tune.

p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210129
2.2K views15:51
ओपन / कमेंट