Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 90

2021-05-14 18:42:28 Bercakap tidak benar --> kita mahu anak-anak bercakap benar.

Fahami di sebaliknya dan apa tindakan sebaiknya.
https://maznahibrahim.com/geram-dan-pening-bila-anak-usia-2-tahun-bercakap-tidak-benar-atau-tidak-mengakui-perbuatan-silapnya/
723 views15:42
ओपन / कमेंट
2021-05-14 17:01:34 Jemput ke Positive Parenting Conference yang akan diadakan pada 18-25 Mei 2021 di sini: Ianya percuma untuk 8 hari ini, mengandungi 20 pakar parenting dan pembangunan diri.

https://afineparent.com/positive-parenting-conference

Saya mendaftar di Academy ini untuk akses setahun agar dapat memberikan lebih input lagi kepada crowd saya di Malaysia. Silakan share kepada kenalan anda yang mungkin berminat.

Maznah Ibrahim
951 views14:01
ओपन / कमेंट
2021-05-13 22:41:08
Photo from Maznah
249 views19:41
ओपन / कमेंट
2021-05-12 13:44:41
Di hari akhir Ramadhan ini saya memohon ampun dan maaf andainya ada silap bicara dan terluka rasa disebabkan oleh saya, tanpa sedar.

Saya mendoakan kalian semua telah memperoleh banyak pelajaran dan pengalaman yang istimewa dari sebulan Ramadhan yang barakah pada tahun ini.

Semoga apa jua amalan kecil yang telah mula menjadi konsisten dapat kita teruskan selepas ini ya.

Semudah mampu menahan marah,
atau rajin baca Quran,
beristighfar,
bangun malam,
mendengar kuliah dsb,

Teruskan ia,
kerana Ramadhan bulan cuci hati ini mungkin kita tidak ketemu lagi pada tahun hadapan,

namun peluang walau sehari yang masih wujud, hari ini, esok, dan seterusnya kita rebut peluang dengan berbuat kebaikan demi kebaikan,

Manfaatnya untuk diri, pasangan, anak-anak, keluarga terdekat, jauh dan sahabat handai serta umat Islam seluruhnya.

CARE ,
Salam hari akhir Ramadhan,
Maznah Ibrahim.
137 viewsedited  10:44
ओपन / कमेंट
2021-05-12 03:12:13
Hampir sebakul hasil petikan gembira pagi ini.
Kesyukuran melihat buah-buah kecil.
Di bawah, di tengah, dan di atas.

Begitulah 'hasil buah impian' dalam hidup kita.

Mencari, mendapatnya,
Tidak mencari, tak perasan adanya.
Rupanya sangat banyak.

Cari kebaikan kecil yang anak lakukan,
Puji ia,
Nyatakan secara spesifik.

Hargai dengan amalan kecil hatta senyum penuh kasih sayang memandang mereka, diam walau sedang tak setuju/marah, peluk selagi ada peluang (5x sehari selepas solat kita), dan banyak lagi.

Aksi kecil-kecil tetapi konsisten,
Pasti membuahkan hasil.

Maznah Ibrahim.
Salam hari terakhir Ramadhan.
672 viewsedited  00:12
ओपन / कमेंट
2021-05-11 01:38:26 Sabar Banyak Untuk Anak 2 Tahun Ni...

Untung ada anak yang boleh bercakap/luah dan beritahu kita jawapan ini,

maka kita senang faham apa dalam pemikiran pra operasi konkrit dia tu.

"Kenapa CikNa sepahkan mainan ni...?"

"Sebab CikNa nak main..".
.
Senang dan logik aja jawapan dia.
Hahahah.. mak dari mata helang ni tersedar.

Betul lah CikNa ku.
Hmmm... kalau tak 'sepah', macam mana nak main kan .
Alahai si anak.
.
Teringat masa Fateh usia 3 dulu,

"Kenapa Fateh tak pakai seluar balik?" (lepas habis buang air kecil di tandas).

"Sebab nanti Fateh nak kencing balik".. .

Ok, ok. Logik pada pemikiran si kecil.

Then saya educate dia pasal keperluan pakai dulu seluar sebab pelihara anggota badan terutama bahagian sulit badan. Kebersihan, kesihatan dan adab.

"Kenapa Fateh tak kemas mainan ni?"

"Sebab nanti Fateh nak main lagi".

Ok ok...
Then saya educate dia juga mengenai kemas sedikit agar tidak terlalu kecah nanti terpijak mainan so on sakit kaki, kita kemas di hujung hari tapi in between siang hari tu kalau terlalu sepah tidak enak di pandangan mata.
.
Fateh juga berupaya menggunakan kuasa memberitahu/bercakapnya itu di kala saya salah faham mengenainya baling mainan dan terkena adik baby Khairunnisa baru lahir masa tu.

"Mummy, tadi tu Fateh baling mainan ke ayah, bukan Fateh sengaja nak bagi kena adik" - kemudian dia lari setelah dia explain (sebelum tu immediately dia lari dan kemudian kembali untuk menerangkan/ memperjelaskan / mempertahankan kebenaran dirinya, perspektif dirinya)..
.
.
So pelajarannya parents:

1. Anak ada sebab kepada satu-satu tindakan dia, silap pada mata kita, tidak silap pada mata dia. Maka kita fahami dan educate untuk bantu kematangan peringkat seterusnya aja.

2. Anak kecil ada perspektif kepada dunia dia sendiri. Usia macam ni memang kerja dia adalah :

- main
- buat sepah
- conteng

Kerja dia bukan lagi 'pelajar/murid' sebab dia belum bersekolah. Tapi sebenarnya kerja dia yang bermain, buat sepah dan menconteng tu adalah pekerjaan dia yang hakiki yang mana ia sebenarnya merupakan 'belajar' untuk peringkat usia dia itu.

Belajar melalui penerokaan alam dunia dia yang unik, dan melalui segala bentuk main, sepah dan conteng itu, sebenarnya membantu banyak proses dalam pemikiran dan otot fizikal dia yang telah terstimulasi.

3. Sabar dan kuatkan kesabaran.

Kita memahami KENAPA kita perlu berSABAR bukan sebab kita disuruh bersabar semata-mata, kita bersabar dengan KEFAHAMAN tentang keperluan perkembangan usia dia, dan keperluan kita sebagai ibu bapa yang memahami, menyokong dan tidak judge dia secara silap, adalah amat penting sebagai first supporter/ protector dia yang positif.

Kita tak mahu dia mendapat support dan kepercayaan itu dari luar, which is ye kadangkala guru, kawan mahupun teman istimewa dia kelak. Perlu bermula dari diri kita sendiri.

Refleksi,

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

p/s: Dengarkan audio post saya mengenai 5 ciri anak usia 2 tahun di sini :

https://open.spotify.com/episode/03swhmxtkjtwildZHvUoch?si=5bd5711aab984371
.
525 views22:38
ओपन / कमेंट
2021-05-11 01:38:11
441 views22:38
ओपन / कमेंट
2021-05-10 21:12:16
Hari ini 9 Mei 2021.

Sambutan dan peringatan 'Hari Ibu' tetap istimewa,
dan akan kekal istimewa.

Kita mahu hargai, hayati setiap hari kita yang masih bersisa ini dengan mengingati dan menghargai bukan saja Ibu kita,
malahan diri kita sebagai ibu,
dan anak perempuan kita yang bakal menjadi seorang Ibu dengan izin Tuhan.
Legasi yang mahu diwarisi adalah yang lebih baik dari masa ke semasa. Setiap hari.

Syukuri.

Maznah Ibrahim.

*Anak anak merindui dah nenek mereka, paling dirindui ialah coklat dalam peti ais nenek , special coklat nenek ya...
2.8K viewsedited  18:12
ओपन / कमेंट
2021-05-09 13:21:24
Sesuatu yang kita suka, maka buatlah, untuk orang lain juga mengalaminya dari kita,

Sesuatu yang kita tak suka, maka elakkanlah, sebab orang juga akan tidak suka mengalaminya dari diri kita.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
623 viewsedited  10:21
ओपन / कमेंट
2021-05-08 03:41:03 Bilakah waktu sesuai untuk kita tegur anak?

Apapun anak tetap tanggungjawab kita untuk kita tegur, bukan membiarkan kerana bimbang mereka mengamuk dsb.
Terutama anak kecil dan remaja, banyak cabarannya,
Sekurangnya doa tidak putus untuk dilakukan setiap hari ok.

https://maznahibrahim.com/waktu-sesuai-tegur-atau-beri-nasihat-kepada-anak-dalam-islam-dan-psikologi/
565 views00:41
ओपन / कमेंट