Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 89

2021-05-16 07:44:55 [Kajian Mendapati Anak Yang Telah Dilatih Buat Kerja Rumah Sejak Kecil, Adalah Individu Dewasa Yang Sukses].


Jika ditanya saya seawal usia berapa boleh mula ajak anak buat kerja rumah,

Saya akan katakan seawal usia 1.
Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah boleh 'copy cat' (meniru perbuatan) dan sudah masuk 'bunga-bunga' fasa autonomi,
Nak lakukan sendiri,
Cara sendiri.

Jika dulu kita suapkan dia 'solid food' dia,
Kini dia nak suap sendiri malah menyuapkan ibubapa nya pula.

Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan 'single instruction',

Contoh :
=> Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu
=> Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu.
---------

Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan.
Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan 'kerja rumah' ini,
Mereka akan membentuk persepsi terhadap 'kerja rumah' ini,
Sama ada best atau tak best,
Walau pada mereka sewaktu mencuba tu, ianya untuk 'fun' aja.

Bersekali pengalaman ini ialah emosi yang terbentuk dari pujian / dorongan, vs. kritikan / kecaman / marah,

Bersekali ini juga ada elemen kognitif/pemikiran terbentuk (makna kepada kerja rumah ini dinilai secara pemikiran seperti betul atau salah, cukup bagus atau tak cukup bagus),

Ia berlaku dari ekspektasi ibubapa terhadap 'hasil' 'kerja rumah' ini, iaitu hasilnya sempurna/ tip top atau sebaliknya, berbanding proses mereka melakukan itu yang kita nak hargainya.

Sebaiknya,

Ikutlah perkembangan usia mereka, fitrah bermain dan mencuba mereka itu.

Berilah peluang dan ruang sewaktu mereka minat, mahu dan aktiviti tugasan bersesuaian dengan usia mereka,

Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja,
Tiada paksaan pun.
.

Di sini saya kongsikan 4 FASA bagi anak kita boleh master atau berdikari dalam melakukan satu-satu tugasan, menurut Julie Lythcott-Haims, New York Times 'bestselling author of How to Raise an Adult', untuk kita ibubapa sama-sama renung semula fasa anak kita ni :-

1. Kita BUATKAN untuk dia.

Ni pasti berlaku, iaitu sewaktu anak kita bayi lagi.
Masa ni juga digalakkan kita beri dia lihat apa kita buat, sebab dia pun nak dibentukkan 'secure attachment' dengan kita, tak boleh ditinggalkan berjauhan dari kita, tak boleh tak nampak kita, kan?

Jadi masa kita buat kerja rumah ni kita pun bercerita lah kepada dia apa kita lakukan, tunjukkan nama benda dan apa perbuatan kita.

Secara tak langsung dia dapat tingkatkan vokabulari dan memahami konteks dengan lebih berkesan .
.

2. Kita BUAT BERSAMA-SAMA dia.

Masa ni berlaku seawal usia 1 yang saya nyatakan di atas.
Masa dia syiok nak join dan cuba buat tu, berilah dia RUANG dan PELUANG merasai pengalaman melakukannya.

Dia nampak ayah dia macam best aja vacuum, dia pun nak mencuba,
Dia nampak mak dia ting ketang ketung menumis dia pun nak cuba.

Ia berlaku tak sampai 10 saat pun, namun impaknya masyaAllah besar sangat.

Key nya beri, tapi pantau lah agar dia selamat.

Buat bersama-sama ni bentuk momen berharga, cipta bonding ibubapa-anak, dan of course ia membantu meningkatkan perkembangan sensori dan kognitif dia.
.

3. Dia BUAT dan kita TENGOK.

Ni fasa dia usia seawal 2 tahun masa dia nak sangat buat sendiri (autonomi: cara sendiri) dan diandaikan dia telah ada pengalaman buat sama-sama dengan ibubapa lah (fasa 2 dia atas),

Dan fasa usia 3-6 tahun (INISIATIF) yang mana mak tak beri pun, dia buat aja sendiri. Sebab mak busy, dia pun konfiden aja nak buat sendiri.

Bila dimarahi sewaktu fasa mereka berani mencuba sendiri inilah yang akan beri kesan reverse iaitu dari berinisiatif kepada mudah rasa bersalah, ragu-ragu.

Untuk tugasan khas/khusus nak latih atau nak beri dia cuba tu kita pantau lah semasa dia buat tu. Just to make sure dia selamat.

Saya perhatikan anak ketiga saya fasa ini, dan telah alhamdulillah agak master dalam skil 'memasak' sup sayur dia dari awal hingga akhir hingga menghidang. Slowly grow.

Bukan nak beri sangat, tapi memikirkan ini fasa dia, hari dia, beri ajalah. SABAR banyak dan SUPPORT aja. Memang boleh nampak progres dia dari masa ke semasa.
.

3. Dia BUAT SENDIRI SEPENUHNYA sendiri.
1.1K views04:44
ओपन / कमेंट
2021-05-16 07:42:00
1.0K views04:42
ओपन / कमेंट
2021-05-16 05:46:12
Selamat Hari Guru buat semua ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada anak-anak kita sendiri.


Teruslah membimbing, dan menunjuki dengan sabar anak-anak kita,

segala ilmu dicurahkan (walau cara membasuh pinggan / melipat baju dengan betul),
amat besar manfaatnya,
dalam kehidupan mereka.

Syabas, IbuAyah-Guru ,

Maznah Ibrahim
1.1K viewsedited  02:46
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:52
146 views15:45
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:52
146 views15:45
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:52
148 views15:45
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:51
91 views15:45
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:51
87 views15:45
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:50
88 views15:45
ओपन / कमेंट
2021-05-15 18:45:24 [Kenali dan Kendali Anak Kita]
(Mengikut TheChildWhisperer)
.

Tackle mereka dari '5 Steps' ini.
.

Step 1: Bila Anak Bertingkahlaku Mencabar, sentiasa lihat di sebalik mesej anak, bukan 'tips of iceberg' dia (apa yang kita nampak sahaja pada waktu itu).

Ingat, iceberg hanya 10%, manakala punca dia ialah bawah iceberg tak nampak, 90%.

Contoh mudah dan biasa, anak merengek-rengek, buat hal, bergaduh, rupanya dia mengantuk tak tidur lagi seharian ini
.

Steps 2: Kenalpasti Secara Fitrahnya, Kebiasaan, Natural, Jenis (Type) Anak Ini, Biasanya Bagaimana?

Jika sudah tahu personaliti genetik anak, lagi mudah. Jika belum, just baca-baca dan agak anak jenis type mana, baca banyak-banyak untuk tahu cara tackle anak jenis itu.
.

Steps 3: Interprete Makna Tantrum Dia. Tanya Diri. Apa Keperluan Anak Yang Tak Dipenuhi.
.

(contoh Fateh saya baru ini, marah pada orang belakang turuni tangga di Bukit Sami, kerana dia lambat, dia kata : "Eh apa ni, mana boleh potong barisan. Kena beratur" . Sungguh Anak Thinking (menurut Personaliti Genetik STIFIn, if ikut TheChildWhisperer dia Type 4) saya ini amat marah bila orang tak ikut peraturan, - Sebab otak dominan dia Thinking itu, fitrah cara berfikirnya adalah manusia perlu mengikut peraturan, dan logik akal dia adalah pada egosentrik dia usia 5 tahun itu.

Juga - marah bila uncle belakang gelak, dia ingat orang tu gelakkan dia - part ni selalu berlaku, dia Thinking, sensitiviti dia ialah tidak suka diperlekehkan, walau orang tak berniat nak gelakkan dia. Part ni kami masih latih dia untuk lebih empati dan toleransi, fahami perspektif orang lain. Pelan-pelan kayuh.

'The needs' dia ialah respected walau dia anak kecil, more time to think/do reflection, fokus kepada objektif dia menuruni bukit.
.

Steps 4: Be Intuitive, Not Reactive.

Tidak Perlu React, Tapi Respond dengan Mata Hati Dalam Anda. Anda Sebagai Ibu Bapa, Adalah Bijak dalam Mengenali Sensitiviti Dia. Faham dan Advocate kepada Orang Luar Yang Tak Faham Anak Kita.
.
Sebabnya orang luar tidak sepenuhnya faham atau tahu mengenai peel anak kita ini. Fikirkan yang jika kita sendiri pun tak mampu nak faham anak, macam mana orang luar nak faham anak kita lebih dari kita ?
.

Steps 5: Enjoy Your Experience. Setiap Kali Anda Berjaya Fahami Anak dengan Baik, Ucapkan Syabas Kepada Diri.

Ini kerana kita perlu raikan sendiri usaha dan pencapaian kecil kita setiap hari agar kekal positif dalam keibubapaan kita.
.
.
5 Steps ini ada di gambar di bawah dan rujukannya untuk bacaan lanjut ada di poster berkenaan.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
#repost2017

Channel Parenting dan Psikologi Anak:
T.mazn.me/chan
149 views15:45
ओपन / कमेंट