Get Mystery Box with random crypto!

[Kajian Mendapati Anak Yang Telah Dilatih Buat Kerja Rumah Sej | Parenting Maznah Ibrahim

[Kajian Mendapati Anak Yang Telah Dilatih Buat Kerja Rumah Sejak Kecil, Adalah Individu Dewasa Yang Sukses].


Jika ditanya saya seawal usia berapa boleh mula ajak anak buat kerja rumah,

Saya akan katakan seawal usia 1.
Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah boleh 'copy cat' (meniru perbuatan) dan sudah masuk 'bunga-bunga' fasa autonomi,
Nak lakukan sendiri,
Cara sendiri.

Jika dulu kita suapkan dia 'solid food' dia,
Kini dia nak suap sendiri malah menyuapkan ibubapa nya pula.

Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan 'single instruction',

Contoh :
=> Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu
=> Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu.
---------

Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan.
Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan 'kerja rumah' ini,
Mereka akan membentuk persepsi terhadap 'kerja rumah' ini,
Sama ada best atau tak best,
Walau pada mereka sewaktu mencuba tu, ianya untuk 'fun' aja.

Bersekali pengalaman ini ialah emosi yang terbentuk dari pujian / dorongan, vs. kritikan / kecaman / marah,

Bersekali ini juga ada elemen kognitif/pemikiran terbentuk (makna kepada kerja rumah ini dinilai secara pemikiran seperti betul atau salah, cukup bagus atau tak cukup bagus),

Ia berlaku dari ekspektasi ibubapa terhadap 'hasil' 'kerja rumah' ini, iaitu hasilnya sempurna/ tip top atau sebaliknya, berbanding proses mereka melakukan itu yang kita nak hargainya.

Sebaiknya,

Ikutlah perkembangan usia mereka, fitrah bermain dan mencuba mereka itu.

Berilah peluang dan ruang sewaktu mereka minat, mahu dan aktiviti tugasan bersesuaian dengan usia mereka,

Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja,
Tiada paksaan pun.
.

Di sini saya kongsikan 4 FASA bagi anak kita boleh master atau berdikari dalam melakukan satu-satu tugasan, menurut Julie Lythcott-Haims, New York Times 'bestselling author of How to Raise an Adult', untuk kita ibubapa sama-sama renung semula fasa anak kita ni :-

1. Kita BUATKAN untuk dia.

Ni pasti berlaku, iaitu sewaktu anak kita bayi lagi.
Masa ni juga digalakkan kita beri dia lihat apa kita buat, sebab dia pun nak dibentukkan 'secure attachment' dengan kita, tak boleh ditinggalkan berjauhan dari kita, tak boleh tak nampak kita, kan?

Jadi masa kita buat kerja rumah ni kita pun bercerita lah kepada dia apa kita lakukan, tunjukkan nama benda dan apa perbuatan kita.

Secara tak langsung dia dapat tingkatkan vokabulari dan memahami konteks dengan lebih berkesan .
.

2. Kita BUAT BERSAMA-SAMA dia.

Masa ni berlaku seawal usia 1 yang saya nyatakan di atas.
Masa dia syiok nak join dan cuba buat tu, berilah dia RUANG dan PELUANG merasai pengalaman melakukannya.

Dia nampak ayah dia macam best aja vacuum, dia pun nak mencuba,
Dia nampak mak dia ting ketang ketung menumis dia pun nak cuba.

Ia berlaku tak sampai 10 saat pun, namun impaknya masyaAllah besar sangat.

Key nya beri, tapi pantau lah agar dia selamat.

Buat bersama-sama ni bentuk momen berharga, cipta bonding ibubapa-anak, dan of course ia membantu meningkatkan perkembangan sensori dan kognitif dia.
.

3. Dia BUAT dan kita TENGOK.

Ni fasa dia usia seawal 2 tahun masa dia nak sangat buat sendiri (autonomi: cara sendiri) dan diandaikan dia telah ada pengalaman buat sama-sama dengan ibubapa lah (fasa 2 dia atas),

Dan fasa usia 3-6 tahun (INISIATIF) yang mana mak tak beri pun, dia buat aja sendiri. Sebab mak busy, dia pun konfiden aja nak buat sendiri.

Bila dimarahi sewaktu fasa mereka berani mencuba sendiri inilah yang akan beri kesan reverse iaitu dari berinisiatif kepada mudah rasa bersalah, ragu-ragu.

Untuk tugasan khas/khusus nak latih atau nak beri dia cuba tu kita pantau lah semasa dia buat tu. Just to make sure dia selamat.

Saya perhatikan anak ketiga saya fasa ini, dan telah alhamdulillah agak master dalam skil 'memasak' sup sayur dia dari awal hingga akhir hingga menghidang. Slowly grow.

Bukan nak beri sangat, tapi memikirkan ini fasa dia, hari dia, beri ajalah. SABAR banyak dan SUPPORT aja. Memang boleh nampak progres dia dari masa ke semasa.
.

3. Dia BUAT SENDIRI SEPENUHNYA sendiri.