Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 18.97K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 87

2021-05-26 08:04:24
756 views05:04
ओपन / कमेंट
2021-05-25 17:16:39
Aktiviti Semasa #DudukRumah Covid-19 Ini

1. Pastikan keperluan semua ahli keluarga dipenuhi. Asas fisiologi, dan keperluan perkembangan mereka.

2. Semua Elemen : fizikal, kognitif, emosi dan spiritual turut ada. Agar seimbang.

3. Mak happy, seluruh keluarga juga happy. Maka tolonglah mudahkan mak ya, jaga emosi mak.

CARE

Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
407 viewsedited  14:16
ओपन / कमेंट
2021-05-24 11:51:58
Usah Kita Pelik Bila Anak Tak Ok

Cek input dia terima,

Dari deria dia:
Lihat dengar sentuh

Anak Sentiasa Belajar
Dari apa dialaminya,
Sama ada baik mahupun buruk.

Kehidupan sehari-hari dilaluinya adalah dunianya.
Baik dia serap, baiklah outputnya,
Tak baik yang dialami, tak baiklah juga outputnya.

Maka,

Kita baiki dunia anak kita,

Dengan baiki diri kita dahulu,
Tingkatkan koneksi (connection), kerapatan (bonding) dengan si anak, sehingga anak rasa selesa, gembira dengan ibubapanya
Kemudian juga kita ubahsuai atmosfera mereka pula;
Termasuk peraturan dalam rumah, dan setting rumah kita, mana yang sesuai, dan..
Bincang untuk rule baru sempena pkp atau pdpr ini, agar win win antara ibubapa dan anak-anak ya.

Kita corakkan.
Kita pimpinkan.

CARE
Maznah Ibrahim

Jom join telegram channel saya untuk input positive parenting dan psikologi anak kita

T.mazn.me/chan
826 viewsedited  08:51
ओपन / कमेंट
2021-05-22 13:11:58 BINA BONDING/KERAPATAN SELAGI ADA PELUANG

( 1 Signature Touch Kecil Namun Berharga )

Jum beri 1 aksi kecil yang luar biasa dan pasti anak-anak suka, sebab mungkin jarang buat:blush:.

Itulah yang jika dijadikan rutin, bina bonding kuat dengan anak-anak,
Dan mereka ingat momen tu sampai besar tau.
.

Contoh :

Mak saya sebelum tidur dia ajak main lawan geletek geletek sampai saya surrender

Ayah saya setiap kali awal pagi akan announce siapa masuk bilik air mandi pertama dulu dapat jadi orang yang pilih tv kegemaran hari itu

Mak saya suka main kejar2 dengan kami guna suara binatang yang macam seram menakutkan dan kelakar sangat

.

Baca Idea di Poster
Anda pasti ada 'signature touch' lain yang lagi menarik, kan? Tulis di komen, sama-sama kawan nak baca.
.

*Nota. Biasanya yang anak ingat ialah yang super kelakar, yang fun, dan elemen play, bukan yang formal formal education tu sangat tau

Playful Parenting macam ni sangat banyak manfaatnya bukan saja untuk kerapatan hubungan ibubapa-anak, malahan untuk perkembangan otak emosi positif si anak: bahagian seeking system, care/attachmenet, play yang sangat mahal tak dapat diganti dengan apa jua material sekalipun.

Peluangnya ada. Rebutlah masa yang ada. Selagi ada.

.

CARE
Maznah Ibrahim
.

t.mazn.me/chan
1.6K views10:11
ओपन / कमेंट
2021-05-22 13:06:14
1.3K views10:06
ओपन / कमेंट
2021-05-22 12:57:09
1.3K views09:57
ओपन / कमेंट
2021-05-21 06:54:13 Bila kita banyak menyuruh anak buat itu ini, memang anak akan rimas dan membantah.

Fitrah anak membantah ini satu signal,

Perspektif dia: dari usia 1 lebih yang bermaksud anak mahu autonomi, buat sendiri, dan sedang membentuk self confidence dia sendiri.

Signal yang kita pula beri kepada anak-anak ialah dia tak mampu buat sendiri seperti 'spec' yang kita mahu, dia tak mampu selesaikan permasalahan ketika itu.

Jadi tukar cara kepada memberitahu apa yang betul, perlu, bukan mengarah-arah atau membebel,
Dan fasilitasikan aja suasana tidak perlu memaksa-maksa, => mudahkan suasana, alatan, agar kejayaan akan menjadi miliknya.

https://maznahibrahim.com/anak-saya-degil/

Kita mulakan dengan mindset kita dulu
1.8K viewsedited  03:54
ओपन / कमेंट
2021-05-20 07:53:49 .."unpack your baggage so your children don't have to carry it".


Amat setuju sekali.

Antara halangan utama ibu bapa untuk menjadi ibu bapa yang positif, dan keluarkan potensi manusia ibubapa itu adalah dengan kenali isu lama diri kita.

Isu lama kita merupakan punca utama kepada payahnya untuk capai potensi sebenar anda sebagai ibubapa yang terbaik kepada anak-anak.|

Prosesnya adalah:

1. Niat perlu ada iaitu mahu jadi ibubapa yang berkesan/terbaik untuk anak-anak sendiri. Tanpa niat/ kesedaran diri ini, memang apa pun jalan yang datang, ibu bapa ini tidak 'nampak' sinar atau keperluan untuk ikut 'jalan' ini.

2. Kembali kepada Tuhan, mohon Tuhan bantu untuk aspek ini, Tuhan akan bantu jalan atau lorong yang terbaik untuk kita. Dia paling Tahu apa kita Perlu.

3. Laksanakan proses mengurangkan atau mencuci baggage lama. Ia satu proses dan bukan sekali proses dalam terapi sahaja. Ia mungkin sepanjang hayat namun akan berkurangan dari masa ke semasa ledakan trigger emosinya.

Cthnya Dr Laura tidak ada isu jika dengar anak kecil menangis, atau marah, tetapi beliau ada isu dengan 'tidak dihormati' kerana beliau menerima kesan dari ayah tirinya yang pantang bila orang tak hormati dia, maka Dr Laura masih work on this issue, tidak selesai bersih sepenuhnya tau. Tapi sekurang-kurangnya menyedari perkara ini pun dah satu tahap yang sangat baik berbanding tidak sedar selama ini kenapa mudah trigger bila anak .... (kepantangan/ sensitiviti tersendiri kita) contohnya kelihatan tidak hormatkan kita.

4. Sebab tanpa sedar, anak sebenarnya bawa atau menanggung kesan baggage lama kita yang ada bersama kita, di belakang badan kita/ bahu kita / dalam hati kita. Adilkah? Tidak pastinya. Maka proses lah ia dan tinggalkan ia (baggage lama) dengan sedar, rela, mahu (sebab ada aja orang yang tidak mahu lepaskan baggage dia tau).

Di sini ada penulisan lama saya yang mungkin boleh bantu:

https://maznahibrahim.com/kisah-lama-diri-menjadi-penghalang-untuk-jadi-ibu-ayah-yang-baik/
881 viewsedited  04:53
ओपन / कमेंट
2021-05-20 07:53:01
807 views04:53
ओपन / कमेंट
2021-05-19 13:35:54 Ada kaitan antara bagaimana manusia berasa dengan manusia bertingkahlaku.

Macam mana kanak-kanak berasa (emosinya), maka begitulah tingkahlakunya.


Kadangkala atau biasanya kita tak faham kenapa anak kita melakukan sesuatu yang kita rasa pelik, geram, marah dsb.

Maka dengan empati kepada perasaannya maka kita akan bantu untuk ubah tingkahlakunya.

Kalau anak sudah boleh berbicara, kita boleh tanyakan kepadanya sendiri dengan 3 cara:

https://maznahibrahim.com/3-cara-nak-dapatkan-jawapan-dari-anak-kenapa-dia-buat-hal-dia-stres/
652 views10:35
ओपन / कमेंट