Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 91

2021-05-05 16:32:31
Sabar dan teruskan proses mendidik anak dengan sebaiknya melalui pelbagai teknik yang kita tahu/ telah lakukan ya.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
442 viewsedited  13:32
ओपन / कमेंट
2021-05-05 04:51:17 Petua Keibubapaan Bapa dan Ibu dari Analisis Ayat Al Quran


Kesimpulannya, sebenarnya peranan keibubapaan memang perlu dimainkan secara utama oleh BAPA (4 dari 5 aspek) kepada anak:

1- Bapa dijadikan rujukan: makna bapa perlulah banyak info (ilmu, maklumat, pengalaman) agar boleh jadi sumber rujukan pertama anak-anak
.
2- Berdialog: makna bapa perlu selalu berkomunikasi dengan anak, berbual dan anak boleh tanya dia, dia jawab dengan baik apa saja persoalan si anak. Jika bapa garang dan anak sukar nak berdialog dengannya (nak tanya pasal apa saja), camanalah proses pendidikan ini boleh berlangsung dengan baik
.
3- Beramal Bersama-sama - Bila perbuat sesuatu, buatlah sama-sama. Contoh solat sama-sama, bacakan buku sama-sama, buat eksperimen / aktiviti sains bersama-sama, buat kebun sama-sama. Macam kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ni, mereka bersama-sama membina rumah Allah
.
4- Doa dan wasiat iman - Bapa bolehlah selalu doa tak putus-putus untuk anak, dan beri wasiat yang keras/tegas lagi untuk anak. Selepas solat jemaah keluarga, bolehlah doa/ sebut secara sederhana untuk setiap anak (isu anak atau doa spesifik untuk anak) agar didengari si anak.
.
Dan peranan IBU kepada anak - more to emosi (1 dari 5 aspek)

1- Ibu penyayang dan mampu kawal emosinya. Ibu tidak perlu fokus kepada masalah, tetapi fokus kepada sumber rujukan emosi/ sumber zat iaitu pertolongan dari Allah - zat / sifat / tenaga banyak dalam AsmaulHusna. Kuasai zikir Asmaulhusna ini dan fokus kepada sumber kita meminta bantuan iaitu Allah bukan fokus kepada satu-satu masalah.

Peranan fitrah/fisiologi ibu - dalam kehamilan, dan melahirkan amat besar peranannya, kekuatan emosi positif, pemakanan baik dan pemeliharaan ktiviti yang dilakukan semasa mengandung.
.
Saya juga melihat, ibu yang stabil emosi ialah ibu yang mendapat banyak sokongan dan cukup dari suaminya.
Maka perlu juga kita nanti melihat apa peranan suami dan isteri, agar kestabilan ibu itu terpelihara, dari rumah tangga yang sejahtera kan?





Thanks sahabat saya Pn Nazrah Abdul Aziz share pdf file ini dan saya menonton youtube dr husna ini #Kuliahicon #tadabburcentre

#REPOST
#KONGSIKANYA
1.1K viewsedited  01:51
ओपन / कमेंट
2021-05-04 14:01:52 [ Bila Marah – Kita Sabar ]

Walau tidak mudah, untuk tahan marah dan jadi sabar, ia boleh dilatih sebenarnya.
.

Niatkan dalam hati, azam yang marah-marah keterlaluan tidak bermanfaat, malah membentuk anak yang lagi keras hatinya dan terpalit semula kepada ibu ayah sendiri bila anak cepat marah kepada ibu ayahnya.
.
.

Nanti ibu ayah sendiri jadi bertambah luka, lagi marah, sebab seolah melihat dirinya dalam diri si anak. Sejibik orang kata.

Jadi selepas azam nak kurangkan marah, azamkan nak SABAR.
.

Bila marah, kita sabar, syurgalah ganjarannya InsyaAllah (lagu Omar dan Hana:

).
.

Ini 3 sebab nak tahan MARAH dan jadi SABAR:-
.

1. Hadith rasulullah “Janganlah kamu marah dan bagimu syurga (Hadith Riwayat Abu Daud)

bila marah, kita tahan marah dan tukar kepada sabar, kita akan dapat syurga sebagai ganjarannya ...

Katakan selalu kepada anak-anak yang dah kenal bestnya syurga: siapa nak 'reward' syurga, sebut kat anak selalu, dengan mak, pak dan anak sama-sama belajar tahan marah sebab nak Syurga.. dan pastinya anak-anak akan mengingatkan mak pak bila marah: "ayah mama nak masuk syurga tak.....".
.

2. Dalam sirah, Nabi Muhammad banyak tahan marah, muka sahaja berubah kemerahan kerana menahan marah. Tiada suara, perkataan atau kekerasan fizikal dilakukan.

Ni untuk kita yang amat cintakan Rasulullah, dan Nabi Muhammad adalah idola (kita dan anak) dari segala serbi, ikutilah cara Rasulullah ini.
.

3. Dalam Al Quran ada 29 ayat yang mengandungi perkataan marah (search dalam surah.my), dan 3 darinya menunjukkan apabila marah --> TAHAN marah (tak lemparkan terus kemarahan) --> dan meMAAFkan adalah cara atasi marah yang disukai Allah kerana 'berbuat perkara baik'. Untuk 'move on', perlu 'letting go' dengan mengambil sikap memaafkan

Ni bagi orang yang nak disukai Allah , kita memang nak buat sesuatu yang Allah suka ibaratnya seperti anak pun akan buat sesuatu yang mak ayahnya suka.

Jadi bila rasa marah pada anak tu, cepat-cepat maafkan anak, let go. Maka anak juga akan cepat reda marah, dan memaafkan ibubapanya juga (budak biasanya cepat let go).

Bagitahu anak bila marah dan maafkan orang, Allah suka sangat sangat. Kan best Allah suka kita.
.
.
Persoalannya,

Macam mana Nak Tahan Marah Tu? Selalu Automatik Aja
----------------------------------------

Cara tahan marah, yang sering saya tekankan dalam kursus EHSABAR, pada diri dan anak-anak ialah:
.

1) Pause (henti tindakan apa-apa seperti perkataan dan fizikal),
+ serentak dengan

2) Tarik nafas dalam-dalam, dan

3) Hembus kat hidung perlahan-lahan.
.

Itu aja, walk away pun sangat berkesan, usah berada di situ ok.

Pernafasan yang betul dan baik membantu tindakan reflek ANS ('Autonomic Nervous System') dalam sistem badan yang akan menghala kepada relaks bila parasympathetic ter'activate' (salah satu dalam satu masa, kalau tak relaks => maka akan 'react' marah/ tak tenang/ cemas/ kelibut dsb). So bernafas aja lah (mulut ketap diam).

Relaks ialah TENANG dan ia belawan dengan marah (sains tubuh badan).
.

Takyah percaya, buat aja.

.***marah boleh bawa banyak mudarat tau - kepada kesihatan fizikal, emosi dan pemikiran.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

*Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di

t.mazn.me/chan
735 views11:01
ओपन / कमेंट
2021-05-04 13:58:02
666 views10:58
ओपन / कमेंट
2021-05-03 19:37:16
Semoga berjumpa jawapan kepada apa saja yang kita perlu tahu, untuk 'selesai' buat masa ini, demi kebaikan diri dan orang sekeliling yang kita sayang.

Salam 10 Ramadhan Akhir,

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
1.2K viewsedited  16:37
ओपन / कमेंट
2021-05-03 11:25:18 Banyak ibu ayah terluka dengan anak sendiri,
Dan pastinya anak jua ada pernah 'terasa' atau terluka dengan tindakan ibubapa sendiri, sejak awal kehidupan, antara tahu dan tidak saja kita ni.

Pernah alami rasa tiba-tiba kurang enak emosi?
Luka emosi.
Nak-nak di hari yang panas dan pantas berlalu ini.

Dapatkan diri kita semula.
Mohon keampunan dan kemaafan dari Yang Maha Tahu,
Agar kita tidak berlamaan dengan kelubung emosi tidak menentu,
Kelak masa emas yang sedang dilewati ini lebih baik penghujungnya.
Ramadhan pencuci hati. Sekali setahun aja.

Salam 10 Ramadhan Akhir,

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
776 views08:25
ओपन / कमेंट
2021-05-03 11:24:58
781 views08:24
ओपन / कमेंट
2021-05-02 14:06:05 Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING untuk Pelihara Emosi Anak
.
Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi maruah anak kita.
.
Apabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu mempertahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu.
.
Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya,
agar ‘self esteem’ dirinya terpelihara
yang tidak yang menggagalkan konsep kendirinya.
.
Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi.
.
Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya.
.
Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur.
.
Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya?
.
Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat/momen itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan?
.
Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita.
.
Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu?
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

*Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di :

t.mazn.me/chan
641 views11:06
ओपन / कमेंट
2021-05-02 14:06:01
606 views11:06
ओपन / कमेंट