Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 94

2021-04-17 11:43:27
Hari terakhir earlybird, silakan jum.
1.8K viewsedited  08:43
ओपन / कमेंट
2021-04-17 08:59:18 Audio Podcast Hari Ini, Sabtu.

Santai-santai, mari dengarkan ya.

Bagaimana nak tangani/ kendali sewaktu anak menangis dan gunakan tangisan untuk menundukkan ibu bapa?

https://open.spotify.com/episode/58LtdSpY0vdNqD8iyfvNBY?si=ab7df5560e004750
1.7K views05:59
ओपन / कमेंट
2021-04-16 15:51:36 APAKAH TANGKI EMOSI MASA BERKUALITI YANG PALING BERKESAN WAKTU PKP DAN RAMADHAN INI?

Dulu ramai bertanya bab tangki emosi 'masa istimewa' bagaimana untuk anak yang ramai seperti 5-7 orang,
Saya menjawab, DUA (2) sahaja keadaan membolehkan pukul rata semua anak terlibat,

'then' boleh lah beri ala ala 'tazkirah' / nasihat kepada anak secara general (isu tertentu seperti tanggungjawab setiap anak, hormat menghormati, azam, matlamat keluarga, tanya khabar dll) :-
.
Solat berjemaah (part ni suami perlu sporting dan yakin untuk lead solat keluarga ini),

Waktu makan berjemaah (part ni perlu sabar untuk setting dan tunggu makan bersama - andaikan / bayangkan saja suasana berbuka puasa, ia amat 'mahal' dan 'manis' kan ? (bersama syarat tiada hp dibawa bersama).
.
Boleh buat, kan ?

Jadi, waktu PKP dan Ramadhan ini, dua masa ini memang sangat afdhal, dan wujud otomatik, peluang untuk laksanakan waktunya.

Care ,
Maznah Ibrahim

p/s: selain 'one to one' dengan anak tertentu yang ada isu khusus

Join telegram saya di t.mazn.me/chan
1.7K views12:51
ओपन / कमेंट
2021-04-16 15:50:42
1.4K views12:50
ओपन / कमेंट
2021-04-15 13:48:40 Kuat Sungguh Ujian Emosi Kita Ibubapa di Bulan Ramadhan...

Waktu bulan ramadhan inilah kita akan lebih diuji emosi, kerana apa? Kerana pertama perkataan Ramadh itu sendiri bermaksud panas. Kedua kerana kita ada niat nak didik hati dan diri jadi lebih baik, dan istiqamah baik, sabar dsb. Maka di situlah kita diuji untuk lebih dekat dan bergantung kepadaNya, agar mudahan diganjari reward setingkat dari sebelum ini akan perkara yang kita hasratkan.

Maka, banyakkanlah atau lazimkanlah diri untuk:

i) bertasbih, puji Allah, atas ujian ini, dan

ii) minta ampun kepada Allah.

Usah berlamaan menyesal. Move on.

Dua hari lepas saya diuji emosi sungguh dengan anak pertama. Nak dekat buka puasa pula tu. Allahu ...

Saya kesal, dan mohon Allah tunjuki dan pimpin saya.

Saya dapat ilham, buka Al Quran. Secara rawak di tangan saya membuka hp saya : terjemahan Quran, dua kali saya scroll. Satu untuk surah, satu untuk ayat.

Saya terpana mendapat ayat ke 3 dari surah An Nasr ini....

Sungguh bila tak boleh solat, bercuti, lagi diuji. Nak nak bila dekat berbuka puasa. Sabar dan kuatkan kesabaran, usaha lagi. Tiada yang sempurna... Allah didik kita dan bimbing kita sentiasa.

Maznah Ibrahim.

#RepostRamadhanLalu

* tasbih : subhanallaha wabihamdihi 100x

=========================
*Rujukan Tasbih Memuji Allah:

Fadhillah atau keutamaan bertasbih :

Mush’ab bin Sa’d menceritakan bahwa ayahnya pernah mengatakan, Rosulullah Sab bersabda,”Apakah seseorang diantara kamu kuat setiap hari melakukan 1.000 (seribu) kebaikan?”, sahabat menjawab,”Bagaimana seseorang diantara kami dapat melakukan 1.000 (Seribu) kebaikan ?, Rosulullah Saw menjawab,”Yaitu mengucapkan tasbih 100 (seratus) kali, maka akan dituliskan untuknya 1.000 (seribu) kebaikan dan akan diampuni 1.000 (seribu) kesalahannya” (HR. Muslim, Nasa’i dan disahkan oleh Tirmidzi)

Abu Hurairah ra menungkapkan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa mengucapkan ‘Subhanalloh wa bihamdihi’ 100 kali dalam sehari semalam, maka ia akan diampuni segala dosanya, sekalipun dosanya itu sebanyak buih dilautan” (HR. Muslim dan Tirmidzi)

Abi Umamah ra menyatakan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa yang terhalang oleh malam untuk dapat bangun atau terhalang oleh harta untuk memberi infaq atau takut kepada musuh dalam perang, maka hendaknya ia memperbanyak membaca ‘Subhanalloh wa bihamdihi’, karena sesungguhnya ucapan ini lebih dicintai oleh Allah dibandingkan segunung emas yang ia infaqkan dijalan Allah” (HR. Thobroni, tetapi sanadnya lemah)

Abu Huroiroh ra mengemukakan, Rosulullah Saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan sangat dicintai oleh Tuhan Yang Maha Rahmat, yaitu ‘Subhanallo wa bihamdihi subhanalloohil azhiim’ (HR. Bukhori dan Muslim)

.............................................

t.mazn.me/chan

Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t
1.9K viewsedited  10:48
ओपन / कमेंट
2021-04-15 13:46:42
1.5K views10:46
ओपन / कमेंट
2021-04-14 09:17:49 ( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK)

Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau .

Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).
Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.
Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).

Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,
Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).

Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,
Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.

Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda,
dan positif emosi.
Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi .
Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.

Buat ya?

Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.

Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.

Buat ya

CARE ,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t
1.9K viewsedited  06:17
ओपन / कमेंट
2021-04-14 09:17:01
1.6K views06:17
ओपन / कमेंट
2021-04-14 06:36:23 Anak Berpuasa, Tidak Memaksa Namun Menggalakkan Sahaja.

Fokus kepada usaha anak untuk mencuba berpuasa, atau mencuba bangun sahur, hatta berniat 'nak puasalah'.

"Alhamdulillah tahun ni anak aku ada bangun waktu bersahur walau tak makan apa pun".

"Alhamdulillah anak aku ada kata nak cuba puasalah Mama, walau dia berbuka tak lama lepas tu".

"Alhamdulillah tahun ni anak aku puasa sampai 11 pagi tahun lalu sampai 9 pagi aja".

Beri pujian dan dorongan agar motivasi berpuasa sentiasa ada untuk hari keesokannya sama ada hari ini berjaya atau tidak berjaya sekalipun. Kita ada 30 hari untuk terus berlatih

"Abang dah berjaya tahan makan minum sampai petang ni, sikit aja lagi, apa kata abang main sekejap agar dapat isi masa lapang dan lupa pasal nak makan tu".

Pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan anak tahun lalu dengan Ramadhan anak tahun ini, pasti ada beza dan peningkatan selari dengan usia, kan, jadi highlightkan peningkatan dirinya bukan dengan individu lain hatta adik beradiknya sekalipun.

Kita mahu positif begini sebab mahu memori berpuasanya adalah yang indah dan baik, seronok dan bahagia bukan sebaliknya.

Kita tidak mahu anak mengaitkan ibadah puasa itu dengan emosi kurang enak seperti susah, sakit hati, kena marah, kena hukum, kena banding dsb. Susah sedikit + sokongan serentak adalah ok untuk kebaikan dirinya .

Matlamat kita biar memori berpuasanya penuh dengan hikmah dan pendidikan kendiri, dari pengalaman dirinya sendiri yang kita kukuhkan saja.

"Abang berbuka dan rasa gembira sangat makan makanan kegemaran kan? Ha inilah yang Allah sebut sebagai kegembiraan bagi orang berpuasa ialah sewaktu berbuka puasa".
.

Care,
Maznah Ibrahim

Jemput join telegram channel keibubapaan positif dan peringatan untuk diri kita ya:

T.mazn.me/chan
1.9K views03:36
ओपन / कमेंट
2021-04-14 06:35:44
1.6K views03:35
ओपन / कमेंट