Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 95

2021-04-13 09:56:52 harini ya, maryami kurma. Blend siap siap untuk pati kurma kita.

Coretan
MummyMaz
#makpakintuitinganakthinking
1.9K views06:56
ओपन / कमेंट
2021-04-13 09:56:52 Relaks ibu ayah semua,

Sebab anak kecil berlatih berpuasa ni adalah setahun sekali musim nya, selama sebulan, 30 hari, cukup lama namun juga amat eksklusif.

Permulaannya mereka cuma melatih diri dari keperluan badan untuk makan minum dsb.

Lama-lama keberkatan kebaikan berpuasa akan mula dihayati dinikmati perlahan-lahan secara pengalaman sendiri.

Rasa gembira, bangga, rasa ringan, sihat, dan material yang seadanya mencukupi untuk motivasi luaran sahaja.

Usahlah dilihat/dibanding dengan anak orang lain,

Hanya ukurkan perbandingan diri anak dengan dirinya sendiri.

Anak tahun lalu usia 5 anak kini 6 tahun,
Anak dahulu usia 8 kini 9 tahun contohnya.
.

Sejujurnya Fateh saya tidak pernah berpuasa penuh/sempurna semasa prasekolah 4-6 tahunnya.

Tiada paksaan pun, dari kami, hanya beri galakan (ibubapa Intuiting kan fasilitasi objektif si anak, kita masukkan nilai nilai kebaikan aja dari kecil melalui uswah tingkahlaku kita dan cerita ceriti).

Usia 7 nya barulah dia mahu berpuasa, asbab persekitaran sekolah, kawan-kawan dan guru menggalakkan. Orang ekstrovert kan, mudah terpengaruh. Syukur.

Ada harinya dia berbuka, tak tahan tengok adik KK (prasek) makan (ni masa dia darjah 1, hari awal berpuasa dulu rasanya),

Kita terima dan perkukuhkan aja niat nya sendiri mahu mencuba dan berusaha berpuasa. Jika mahu puasa esok, maka perlulah bangun makan sahurnya nasi. Maka fahamlah si anak trick nak tahan puasa, antaranya.

Tak penuh tak apa,

Pengalaman yang penuh tu once berlaku, kita perkukuhkan dengan ayat-ayat benar dari Allah.

Antara yang saya ingat tahun-tahun lalu,

Fateh berkata : betul la kata Mummy,
memang gembira best betul waktu berbuka puasa, dapat makanan kegemaran kita.

(sebab kita selalu sebut kegembiraan / nikmat paling besar orang berpuasa ialah sewaktu berbuka. Bila tak berpuasa, berbuka tu biasa aja rasanya, kurang nikmat. Ada hari dia berbuka tu, dia makan sekali sahaja selepas pulang sekolah, lepas tu dia tak makan dah apa-apa, ala-ala berpuasa, tapi dikira tidak berpuasa penuhlah hari itu kan. Tapi dia belajar dari experience dia sendiri lelah puasa penuh dengan lelah puasa yangyuk dia. Hehe.

Tahun lalu dia penuh, alhamdulillah.

KN pula, usia 6, tidak mahu berpuasa lagi tahun ini, sebelum ini juga tidak pernah.

Tak apa, masa isi form sekolah, ditandakan KN tidak akan berpuasa, manakala Fateh akan berpuasa penuh (boleh tick, tak puasa, puasa half, puasa penuh, boleh beri makan atau tidak dll).
.

Hari ini KN 'puasa' la ibaratnya.

Tapi mudah aja matematik kiranya,
Dia makan sebelum pergi sekolah.
Dia tak makan masa sahur walau telah bangun bersama.
Dia tak niat nak puasa pun.

Tapi hari ini pengalaman hari pertama, dia berbangga beritahu dia berjaya 'berpuasa', tak makan apa-apa pun .

Memang tak suprise sangat sebab KN sejenis kalau tak nak makan, memang dia akan tak makan di sekolah pun (sebab memilih makanan, kan, lagipun dia dah breakfast di rumah).
Kesimpulannya, lebih mudah kejayaan bila anak ada kesedaran (usia 7 ke atas), dan kita ikut kemahuan dan kesanggupan dia (walau usia bawah 7).

Kita sentiasa mengajak, tetapi tidak perlu memaksa.
.

Memaksa.

Sebab kita tak mahu ibadah ini jadi suatu paksaan dan anak 'associate' dengan emosi 'sakit'. Sakit hati, sedih, marah, keliru, diasing, ditolak (rejection), dihukum dll lagi.

Biarlah ikut fitrah anak-anak yang bersemangat 'mengikut-ikut' orang dewasa berpuasa, bersolat dsb

Dan ibadahnya kelak hingga dewasa adalah dengan 'rasa'. Rasa nikmat melaksanakan ibadah.

Oh ya, strateginya perlu ada juga, seperti trick, menu tertentu yang bantu anak menahan lapar lebih lama, seperti kurma, susu, kekacang kalau ada (blend, penutup sahur), dan berkuah. Banyakkan air masak.

Hari ini mak intuiting terlupa beli kurma semalam, maka anak Thinking ni memang minum air masak aja lah lepas makan nasi sahur tu. Dia memang hebat, minum air masak ja, offer air coklat buatan mummy pun dia tak mahu. Tapi siangnya bila berbual dia ingat yang tahun lalu dia tahan puasa sebab menu mummy dia yang bijak tu, penutup perlu ada kurma, hehehe. Sorrylah anakku, mummy beli
2.0K views06:56
ओपन / कमेंट
2021-04-13 09:56:43
1.4K views06:56
ओपन / कमेंट
2021-04-13 09:56:43
1.5K views06:56
ओपन / कमेंट
2021-02-07 14:27:45
Kita dan Anak Kita,


Kita guru anak,
dan anak guru kita.

Tuhan sayang kita maka beri 'sign' dari 'guru kecil' kita depan mata, kesannya terus nampak.

Kadang kita lupa atau buat-buat tak nampak 'sign' itu,

Maka jadilah kebanyakannya dah jadi hampir buluh baru kita tersedar sebab terhantuk kuat.



Ingat, yang Tuhan itu amat penyayang, pemaaf dan penuh hikmah,

kita buka hati dan terus berubah,

tidak pernah terlambat.

Pasti ada jalannya.
.
Refleksi,

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
.........
Webinar penat emosi akan dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb)
https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210207
779 viewsedited  11:27
ओपन / कमेंट
2021-02-07 08:32:25
Fahami sebab kepada mengapa anak-anak buat hal di dalam rumah

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
1.0K viewsedited  05:32
ओपन / कमेंट
2021-02-06 11:24:55
Anak-anak memahami emosi ibu kerana mereka ada keupayaan merasai...

Bukan memahami reason pada level pemikiran logik orang dewasa..

Warkah dari anak untuk Ibu pula ya....
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

.
T.mazn.me/chan

..........⚘............

Webinar penat emosi akan dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb)

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210206
3.5K viewsedited  08:24
ओपन / कमेंट
2021-02-06 10:08:39
Malam ini kita restream Live, Sabtu 6 Februari 2021, 9.30 malam ya.

InsyaAllah saya ada bersama boleh jawab di komen live nanti.
1.4K viewsedited  07:08
ओपन / कमेंट
2021-02-05 17:14:50
Warkah ibu-ibu yang mencintai anak-anak kerana Allah
untuk anak-anaknya.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
3.2K viewsedited  14:14
ओपन / कमेंट
2021-02-05 17:14:45 InsyaAllah saya akan re stream di Page saya, esok Sabtu, 9.00 malam untuk slot 'emosi ibu bekerja dari rumah', kerana petang tadi ia tidak berlaku seperti dirancang (Live serentak di Page saya). Namun tidak mengapa kerana Allah lebih tahu apakah perancangan yang lebih baik untuk kita semua. Stay tune..
1.5K viewsedited  14:14
ओपन / कमेंट