Get Mystery Box with random crypto!

Parenting Maznah Ibrahim

टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim P
टेलीग्राम चैनल का लोगो ehsabar — Parenting Maznah Ibrahim
चैनल का पता: @ehsabar
श्रेणियाँ: ब्लॉग
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 20.07K
चैनल से विवरण

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Ratings & Reviews

1.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

2


नवीनतम संदेश 96

2021-02-05 05:50:37
Berjumpa petang ini live di FB Page:

facebook.com/maznahibrahimofficial

Untuk membincangkan mengenai ibu bekerja dari rumah atau WAHM dalam pengurusan emosi sehari-hari.
4.1K viewsedited  02:50
ओपन / कमेंट
2021-02-04 11:30:21 5 Cara Ibu Kekal Positif Walau Sangat Penat dan Hampir Burnout

Ada hari-hari tertentu, kita amat penat dan mudah terlepas ke anak.

Sampai jadi buntu dan bertegas menyatakan sesuatu yang tidak sesuai seperti "Jangan cakap dengan Mama sampi bila-bila", "Mama takkan bawa keluar anak Mama sampai bila-bila", "Adik tak boleh nak minta apa-apa dah kat Mama".
.

Saya sediakan 5 tips mudah,
mudahan anda akan sentiasa kekal lebih baik berbanding terfikir sangat teruk dan semakin teruk dalam fasa 'roller coaster' keibubaapan zaman ini.

I Do CARE For You ,
Maznah Ibrahim

5 cara itu beserta caption di sini:



Telegram channel umum Parenting dan Psikologi Anak di sini:

T.mazn.me/chan
2.1K views08:30
ओपन / कमेंट
2021-02-04 08:20:08
1.8K views05:20
ओपन / कमेंट
2021-02-04 08:00:55 5 Cara Ibu Kekal Positif Walau Sangat Penat dan Hampir Burnout

Ada hari-hari tertentu, kita amat penat dan mudah terlepas ke anak.

Sampai jadi buntu dan bertegas menyatakan sesuatu yang tidak sesuai seperti "Jangan cakap dengan Mama sampi bila-bila", "Mama takkan bawa keluar anak Mama sampai bila-bila", "Adik tak boleh nak minta apa-apa dah kat Mama".
.

Saya sediakan 5 tips mudah,
mudahan anda akan sentiasa kekal lebih baik berbanding terfikir sangat teruk dan semakin teruk dalam fasa 'roller coaster' keibubaapan zaman ini.

I Do CARE For You ,
Maznah Ibrahim

5 cara itu beserta caption di sini ya

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1695849810589596&id=477691842405405
.
.

Telegram channel umum Parenting dan Psikologi Anak di sini:

T.mazn.me/chan
1.8K views05:00
ओपन / कमेंट
2021-02-04 06:19:50 Audio Post #20

PENAT

Kita bersama berfikir dan merefleksi diri mengenai penat fizikal, penat mental dan penat emosi.

Semoga bermanfaat.

https://open.spotify.com/episode/1MNmBtHerg9vMe3zrXAbtd?si=b2UwYQtDSWSyUih-gCpKiQ

.
1.7K viewsedited  03:19
ओपन / कमेंट
2021-02-03 19:32:34
Sebagai wanita, kita tidak akan pernah tidak penat dalam mengurus anak-anak dan urusan rumah seharian.

Sememangnya dalam menangani kebisingan, keriuhan, gelak ketawa malahan pergaduhan anak-anak, itulah yang menjadi sebahagian dari hidup kita selagi bergelar ibu dan ayah.

https://maznahibrahim.com/penatkah-kita-sehari-hari-menguruskan-anak-dan-urusan-rumahtangga-seharian/
1.8K viewsedited  16:32
ओपन / कमेंट
2021-02-03 08:07:50 APABILA ANAK BEREBUT BARANG
(ANAK YANG BELUM PANDAI MELUAH SECARA PERKATAAN, MAKA DIA BEREMOSI ATAU TANTRUM)

1. Angkat sahaja anak ini dan bawa ke bahu atau dukungan, bawa berjalan sama (ini untuk alirkan energi emosinya).
.

2. Boleh ‘distract’ atau alihkan perhatian dia kepada objek lain yang tinggi (sama paras dia dan kita).
.

3. Kawal pernafasan anda, kekal tenang. Ketenangan anda akan dapat menyerap emosi negatif sedih / kecewa / marah dia. Ini amat penting.
.

4. Teruskan hingga emosinya nampak lebih tenang dan stabil. Bawa kepada perbualan kognitif (aras pemikiran). Ia penting untuk anak kecil mendengar ayat sebegini walau dia masih kecil.
.

5. Contoh: “Adik nak mainan abang tapi abang tak beri, Adik rasa sedih. Apa kata Adik main mainan lain, best tau mainan ni”. (ayat ini penting untuk dia belajar nama emosi dan penyebab emosinya tadi serta pilihan lain yang dia ada).
.

6. Raikan pilihan baru yang diambilnya. Puji : “Pilihan adik pilihan yang bijak. Jadi kita main la mainan yang lain dulu sementara ya”.
.

7. Kemudian ajarkan anak ini teknik asertif: “Lain kali, bila Adik nak main, Adik cakap kat Abang macam ni: Abang, adik nak main sama-sama boleh?” Perkataan ‘boleh’ akan buatkan si abang berkata “Boleh!”, sebab adik minta elok-elok dan tak menangis.

8. Untuk anak besar pula ajarkan yang bila adik minta, abang/kakak perlu beri sebab adik minta elok-elok (adik dah cuba kaedah baru).
.

*Anak telah belajar tingkahlaku baru untuk atasi stres isu mahu main mainan abang/kakak.

*Ini penting untuk kemahiran sosial dan mengurus stresnya pada masa hadapan.
.

Maznah Ibrahim

*Sharekan dengan pasangan dan sahabat anda yg perlu skill ni ya.

T.mazn.me/chan

p/s: Silakan daftar webinar penat emosi sebelum dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb)

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=fp210203
2.1K viewsedited  05:07
ओपन / कमेंट
2021-02-03 08:07:37
1.8K views05:07
ओपन / कमेंट
2021-02-02 14:41:05 CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL

.

CARA : Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Anak usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul.

“Adik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?”
“Adik nak makan sekarang atau 5 minit lagi”
“Adik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?”

.

CARA : Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia.

“Hmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”.

.

CARA : Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu.

“Adik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang).

“Bagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?”

Cubalah.

Care ,
Maznah Ibrahim.
.
Telegram channel: T.mazn.me/chan

p/s: Pastikan daftar webinar penat emosi sebelum dinaikkan harga pada hujung minggu ini ya.

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210202p
2.1K views11:41
ओपन / कमेंट
2021-02-02 14:38:22
1.8K views11:38
ओपन / कमेंट