Get Mystery Box with random crypto!

Gaduh baik gaduh baik gaduh baik ~~^_^~~~^_^~~~~~~~~~~ 'Abang | Parenting Maznah Ibrahim

Gaduh baik gaduh baik gaduh baik
~~^_^~~~^_^~~~~~~~~~~

"Abang garang"- kata KN (2 tahun)

"Abang cuma tegur.." - kata Fateh (5 tahun)

"Fateh bagitahu la macam ni, Adik, abang tak boleh bagi adik main ni takut bercampur, tapi Adik boleh main ni" (explain, dan replace, beri option lain/alternatif)

1. Fateh mendengar sahaja, dan saya yakin dia rakam skrip jenis ini, dan akan guna nanti.
.

2. Sebab sebelum ini kaedah lama dia, dia akan cepat tarik Adik ke belakang dari TV dengan cara pegang kedua ketiak adik. Adiknya tidak suka.
.

Saya ajar alternatif, distract adik tengok ke belakang kemudian ajak dia ke belakang, memang itulah teknik distraction yang dia selalu guna selepas itu. - kat sini teknik alternatif memang perlu diajar kepada anak, dia tak tahu /ada idea langsung ok.
.

3. Fahami karektor dan style anak sulong kita, memang 'protector', dominan, 'leader', ditambah hormon kelelakian sedang 'peak' di usia 5, dan Otak Thinking : sah, suka jawatan, kuasa, tanggungjawab dan memang tegas 'straight to the point' orangnya,
.

4. Raikan ciri anak lelaki sulong kita, bukan matikan dengan tak izinkan dia tunjuk kuasa keabangan dia, tapi bantu dia 'adjust' tenaga dan teknik keabangan dia, dan bantu adik 'adjust' dengan karektor 'strong' si abang ni.
.

5. Ingat, semua anak berpotensi jadi 'leader', cuma anak kedua belum ada adik untuk dia 'leading' kan. Hakikatnya apa dia pelajari dari abang-adik kini, akan jadi konsep kendiri adik-beradik mereka kelak, dan diwarisi turun temurun nanti.
.

6. Untuk Fateh mudah, dia sudah sangat FAHAMI si adik sedang peringkat egosentrik tinggi, 'emotional brain' sedang 'peak' (emosi dirasai - terus letus), dan dia faham dan percaya dirinya juga begitu masa usia 2, cuma dia tak tahu cara sebenar diri dia bagaimana sebab takda rakaman video atau saksi lain selain apa mami ayah dia cakapkan . Bukti dia faham benar ialah bila dia kata kat mami dia "Mami, adik kan kecil lagi, budak kecil memang macam tu" bila saya ada terlupa dan berbuat silap melayani si adik.
.

7. Untuk si adik ni, dia tetap rasa hormat abang, salam tangan abang bila lagu Omar dan Hana (main sama-sama, kongsi mainan) tu, dan terusan diasuh/'educate' untuk teknik asertif, beritahu abang apa dia nak, bukan terus menangis meledak dan mengadu pada ibubapa sahaja.... - yang ni makan masa untuk dia master skil asertif ni, pernah dia berjaya buat, kebanyakan masa dia terlupa dan tak berjaya buat.
.

25 Sept 2017
.....

Haaa.. kini sudah 9 tahun si abang dan 6 tahun si adik (Kakak KN: Feb 2021 nanti), dan KN memiliki adik lagi Yumna (akan 3 tahun bulan 5 nanti),

Mudah untuk KN lalui fasa ini sebab dia telah lalui dididik semasa dia fasa 2 tahun yang keras tu hehehe. Dia banyak kali tanya, Mummy Yumna dah 3 tahun ke (sebab dia tahu perkembangan adiknya yang egosentrik sungguh sejak 2 tahun, panjang rasanya... dia sabar dan terus bersabar. Malah dia dibuli Yumna lagi ada la hahah).

Didik dan terus didik.
Bukan marah semata tapi meng arahkan hala yang baik,
dengan cara yang lebih sesuai, iaitu masukkan input:

1. info perkembangan adik (fasa adik usia itu apa dia, usia bayi tidak bergerak dan belum boleh bermain, terlentang dan memerlukan bantuan, usia 2 ego, keras, dan semua barang dia barang dia dan barang abang/kakak barang dia,)

2. skil tegas diri ( say no, dan request: Adik tak boleh tarik rambut kakak tapi sentuhan selamat aja)

3. Falsafah orang sabar ialah orang yang menang. Sabar itu ada ganjarannya walau tak nampak hasil lagi, ibu ayah lah yang nampak dan berikan ganjaran pujian dan peneguhan melalui perkataan dan perhatian.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210202