Get Mystery Box with random crypto!

Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

टेलीग्राम चैनल का लोगो resepiduniamasakan — Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan R
टेलीग्राम चैनल का लोगो resepiduniamasakan — Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan
चैनल का पता: @resepiduniamasakan
श्रेणियाँ: अवर्गीकृत
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 28.82K
चैनल से विवरण

Resepi Moden, Tradisi, Mudah, Luar negara, Menu sihat. Dekorasi. Tips Dapur. Seni Pastri
REVIEW @PaidReviewPentagon_bot
JOM JOIN
@DearHati @GayaSihatCantik
@AlauyahCraft @SemuanyaMurah
@LantakAhh @BercakapDenganJin

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


नवीनतम संदेश 10

2023-04-29 06:32:31 ASPARAGUS SOS TIRAM
.
Bahan-bahan:
.
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
.
Cara buat:
.
Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut.
.
Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
.
Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa.
.
Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
.
Hidangkan panas bersama nasi hangat.
.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
412 views03:32
ओपन / कमेंट
2023-04-29 06:32:26
388 views03:32
ओपन / कमेंट
2023-04-26 17:15:18
PAIS TEMPOYAK PETAI IKAN TALAPIA

Kredit Resepi : tiktok sharamirashamsir
.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
491 views14:15
ओपन / कमेंट
2023-04-26 16:30:32 W A N I T A

Dan pada hakikat,
Perempuan memang ahli debat,
Setiap kata yang keluar bisa jadi tanpa sekat,

Kau sebagai lelaki,
Boleh sesekali menimpali,
Hanya saja ketika dia ada dipuncak emosi,
Cuba sentuh perempuan dibagian hati,
Diam dan cubalah mengerti,
Beri peluk dan buktikan cintamu yang akan mengalahi,

Karena,
Ketika perempuan yang lebih memilih dulu mereda,
Disaat kau masih mencerca,
Percayalah kata maaf tetap menyisakan kecewa,
Yang berbekas luka,
Dihati perempuan untuk selamanya..


https://t.me/hikmahcinta22
548 views13:30
ओपन / कमेंट
2023-04-26 16:27:01 KUIH ROTAN RANGUP
- my resepi

Bahan-bahan diperlukan:

3 biji telur grade B

4 sudu makan gula halus(gula pasir yg dikisar)

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh air kapur sireh

+- 200g tepung pulut

bijan secukukupnya utk salut

minyak utk menggoreng terendam.


Cara menyediakan dan memasak:

kacau telur & gula dgn hand whisk hingga berbuih & gula larut. masukkan garam & air kapur, kacau rata.

masukkan tepung pulut sikit2 smbil diuli hingga mnjadi satu doh yg boleh dibentuk. masukkan doh dlm bekas bertutup @ bungkus dlm plastik spaya doh tak kering.

bilas bijan dgn air lalu seringkn/toskan. ini tips spaya bijan tak trtanggal semasa digoreng. taburkan bijan dalam dulang. ambl secubit doh(secubit jer tau..) , bulat2 kan kecik2.

sebesar telur cicak saja yer.(bila dh msk jd sbesar hujung ibu jari).. jgn lebih besar dri itu.sbb akk dh try, gentel sebesar biji buah mata kucing, kejadiannya bila dah msk sebesar buah mata kucing yg blom dikupas kulitnya. 

lpastu golek2kan biji2 buah rotan dengan bijan2. bila dh habis semua digentel, bleh la digoreng dgn api sederhana/perlahan saja supaya msk hingga kedlm nya yer..

P/s;ni perbandingn antara buah rotan yg dah msk ngn buah mata kucing. jenuh lah nk menunggu msk nyer.. sbb kalau guna api kuat dlmnya still lembut. sbb tu kne gentel cenonet2..hehe.. 

Mudah je kan?
Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
442 views13:27
ओपन / कमेंट
2023-04-26 16:26:02
KUIH ROTAN RANGUP
resepi kat bawah
368 views13:26
ओपन / कमेंट
2023-04-26 16:02:02
Beraneka barangan keperluan yang boleh anda miliki

di sini

https://t.me/anekajualanmkhbqi
https://t.me/anekajualanmkhbqi
435 views13:02
ओपन / कमेंट
2023-04-26 13:32:01 GULAI IKAN  TALANG KERING (Penang Stail)
* Jangan tambah garam kerana Ikan kering dah masin...

Resepi...

15 potong/ketul Tulang Ikan Talang Kering (ada isi sikit sikit ya)
2 biji Terung Bulat(di belah 2 atau 4 bergantung kepada saiz)

Bahan A (Bahan Tumis)

3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di tumbuk atau hiris nipis)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk atau hiris nipis)
1 sudu besar halba campur


Bahan B (Bahan Rempah)

1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan babas
50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas

Santan cair dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka


Bahan C
(menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)

1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
cili hijau besar 2 biji dibelah 2 dan di buang biji

CARA MEMASAK

1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas

2. Masukkan Bahan A (bahan tumis) dan kacau jangan biar hangit..masak sampai wangi dan kekuningan

3. Masukkan Bahan B (bahan-bahan rempah) yang telah di adun dan besar kan api..

4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan naik minyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak

5. Masukkan terung.

6. Step ni terpulang, kalau nak letak santan boleh, tak nak pon boleh. TAPI,Kalau nak pakai santan, cuma letak 1/2 biji saja.

(Kalau guna santan lebih, hasil nya x sedap).
Kalau tak letak santan, gantikan dengan 1.5 gelas air biasa..Kacau supaya rempah sebati dengan air

7. Terus masukkan Tulang Ikan Talang dan Bahan C Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.


TIPS penting:

Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur.

Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam (atau kekiri kekanan)

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
622 views10:32
ओपन / कमेंट
2023-04-26 13:31:02
GULAI IKAN TALANG KERING (Penang Stail)
resepi kat bawah
527 views10:31
ओपन / कमेंट
2023-04-26 13:00:45
COMBO SALE

MELUR
https://t.me/salescart/243362
MAWAR
https://t.me/salescart/243374
RAFFLESIA
https://t.me/salescart/243444

FREE POS SM

❁ ≖≖✿❁ ≖≖✿❁ ≖≖✿❁ ≖≖ ❁
     Channel :
@salescart
     Admin :
@husniyah84
  
wasap.my/60175344847
❁ ≖≖✿❁ ≖≖✿❁ ≖≖✿❁ ≖≖ ❁
538 views10:00
ओपन / कमेंट