Get Mystery Box with random crypto!

KUIH ROTAN RANGUP - my resepi Bahan-bahan diperlukan: 3 bij | Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

KUIH ROTAN RANGUP
- my resepi

Bahan-bahan diperlukan:

3 biji telur grade B

4 sudu makan gula halus(gula pasir yg dikisar)

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh air kapur sireh

+- 200g tepung pulut

bijan secukukupnya utk salut

minyak utk menggoreng terendam.


Cara menyediakan dan memasak:

kacau telur & gula dgn hand whisk hingga berbuih & gula larut. masukkan garam & air kapur, kacau rata.

masukkan tepung pulut sikit2 smbil diuli hingga mnjadi satu doh yg boleh dibentuk. masukkan doh dlm bekas bertutup @ bungkus dlm plastik spaya doh tak kering.

bilas bijan dgn air lalu seringkn/toskan. ini tips spaya bijan tak trtanggal semasa digoreng. taburkan bijan dalam dulang. ambl secubit doh(secubit jer tau..) , bulat2 kan kecik2.

sebesar telur cicak saja yer.(bila dh msk jd sbesar hujung ibu jari).. jgn lebih besar dri itu.sbb akk dh try, gentel sebesar biji buah mata kucing, kejadiannya bila dah msk sebesar buah mata kucing yg blom dikupas kulitnya. 

lpastu golek2kan biji2 buah rotan dengan bijan2. bila dh habis semua digentel, bleh la digoreng dgn api sederhana/perlahan saja supaya msk hingga kedlm nya yer..

P/s;ni perbandingn antara buah rotan yg dah msk ngn buah mata kucing. jenuh lah nk menunggu msk nyer.. sbb kalau guna api kuat dlmnya still lembut. sbb tu kne gentel cenonet2..hehe.. 

Mudah je kan?
Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan