Get Mystery Box with random crypto!

GULAI IKAN  TALANG KERING (Penang Stail) * Jangan tambah gara | Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

GULAI IKAN  TALANG KERING (Penang Stail)
* Jangan tambah garam kerana Ikan kering dah masin...

Resepi...

15 potong/ketul Tulang Ikan Talang Kering (ada isi sikit sikit ya)
2 biji Terung Bulat(di belah 2 atau 4 bergantung kepada saiz)

Bahan A (Bahan Tumis)

3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di tumbuk atau hiris nipis)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk atau hiris nipis)
1 sudu besar halba campur


Bahan B (Bahan Rempah)

1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan babas
50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas

Santan cair dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka


Bahan C
(menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)

1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
cili hijau besar 2 biji dibelah 2 dan di buang biji

CARA MEMASAK

1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas

2. Masukkan Bahan A (bahan tumis) dan kacau jangan biar hangit..masak sampai wangi dan kekuningan

3. Masukkan Bahan B (bahan-bahan rempah) yang telah di adun dan besar kan api..

4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan naik minyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak

5. Masukkan terung.

6. Step ni terpulang, kalau nak letak santan boleh, tak nak pon boleh. TAPI,Kalau nak pakai santan, cuma letak 1/2 biji saja.

(Kalau guna santan lebih, hasil nya x sedap).
Kalau tak letak santan, gantikan dengan 1.5 gelas air biasa..Kacau supaya rempah sebati dengan air

7. Terus masukkan Tulang Ikan Talang dan Bahan C Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.


TIPS penting:

Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur.

Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam (atau kekiri kekanan)

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan