Get Mystery Box with random crypto!

Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

टेलीग्राम चैनल का लोगो resepiduniamasakan — Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan R
टेलीग्राम चैनल का लोगो resepiduniamasakan — Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan
चैनल का पता: @resepiduniamasakan
श्रेणियाँ: अवर्गीकृत
भाषा: हिंदी
ग्राहकों: 28.70K
चैनल से विवरण

Resepi Moden, Tradisi, Mudah, Luar negara, Menu sihat. Dekorasi. Tips Dapur. Seni Pastri
REVIEW @PaidReviewPentagon_bot
JOM JOIN
@DearHati @GayaSihatCantik
@AlauyahCraft @SemuanyaMurah
@LantakAhh @BercakapDenganJin

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


नवीनतम संदेश 782

2021-10-20 02:16:21 #tipsDapur buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh.

Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja.

MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!

Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang!

Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? saya lah.. siapa lagi! Naya, naya!Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada bloggers yg ada better suggestion, please let me know.

Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu. Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih.

Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah bloggers lelaki print dan suruh isteri masak kat rumah.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
251 viewsedited  23:16
ओपन / कमेंट
2021-10-20 02:15:47  MEE KARI KERANG DGN AYAM GORENG RACIK

(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)


Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
===========================

Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi


Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")


Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.


Cara-caranya:-

Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.Biarkan sekejap.

Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.

Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
194 views23:15
ओपन / कमेंट
2021-10-20 02:15:24
 MEE KARI KERANG DGN AYAM GORENG RACIK
183 views23:15
ओपन / कमेंट
2021-10-20 01:52:50 EXCLUSIVE Planner 2022. Limited Edition & 300% Fresh

https://t.me/GaleriPlanner

#rpf
240 views22:52
ओपन / कमेंट
2021-10-20 00:50:22 #tipsDapur Anggaran kenduri untuk 50 orang :

1) 1 paket mee - untuk 5 0rg dewasa, so sila darab sendiri.

2) beras utk 50 orang dewasa - 16 pot, jika menggunakan basmathi perlu dilebihkan kerana beras basmathi tidak mengembang.

3) daging - 3 - 4 kg

4) ayam - 5 ekor.... selalunya dlm seekor ayam akan dipotong kpd 12 bahagian dan anggaran ini adalah kebarangkalian satu kepala makan 1 bahagian kecil.

semua bahan2 di atas bergantung kpd bhn2 sampingan lain spt jika anda ingin memasak kari, tentulah lebih muai kerana adanya kentang, lobak dan sbgnya.

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
277 views21:50
ओपन / कमेंट
2021-10-20 00:49:50 Mee Kari Kerang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil

6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)

1 keping asam keping

2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)

5 cawan stok udang

1 kg isi kerang atau lebih

1/2 cawan minyak masak

2 keping fishcake- hiris nipis

10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya  

Bahan Kisar

6 ulas bawang merah

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)

1 btg serai

2 sb udang kering- rendam & tos

1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)


Bahan Tumis

1 btg kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

2 tangkai daun kari

2 batang serai - ketuk


Bahan Utk Mee dan Hiasan

1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang

3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis

4 biji telur - direbus & belah dua

4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris

Sawi - dicelur dan tos

Taugeh - goreng tanpa minyak

Bawang goreng

Cara-cara

Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 

Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.

Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.

Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.


Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.

Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.

Tuangkan kuah di atas mee tadi. 

Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. 

Sedia untuk dimakan

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
256 views21:49
ओपन / कमेंट
2021-10-20 00:49:37
Mee kari kerang
239 views21:49
ओपन / कमेंट
2021-10-19 23:02:12 Jadual Waktu Solat Hari Ini
Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban (Negeri Sembilan)
Rabu, 20/10/2021
13 Rabi'ul Awal 1443H

Imsak : 05:37
Subuh : 05:47
Syuruk : 06:56
Zohor : 12:59
Asar : 16:16
Maghrib : 19:00
Isyak : 20:09

Selamat menunaikan solat fardhu!
273 views20:02
ओपन / कमेंट
2021-10-19 18:14:01
NASI GORENG KERABU
============

Bahan-bahan:
Bawang Merah (Tumbuk)
Nasi Putih
Isi Ayam
Bunga Kantan
Serai
Timun
Kacang Panjang
Kobis
Telur
Garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil2. Goreng hingga ayam empuk.
3. Masukkan telur. Kacau slowly.
4. Masuk plak nasi putih & seterusnya masuk semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi tu. Gaul
seketika.
5. Taruk garam & gaul rata....pastu rasa la.
6. Siap! Boleh la dimakan panas2...

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
431 views15:14
ओपन / कमेंट
2021-10-12 18:07:01
Ikan Bilis Petai Cili Api, Paling Ringkas Tapi Yang Paling Enak!

Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis - goreng garing

Bawang Putih (Hiris)

Bawang Holand (Hiris)

Petai (Belah dua)

Cili Api (Hiris)

Garam 

Gula 


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, masukkan petai, garam, gula dan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
286 views15:07
ओपन / कमेंट