Get Mystery Box with random crypto!

MEE HOON STYLE KANTONIS Bahan-Bahan: 300 gm bihun 200 gm udang | Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

MEE HOON STYLE KANTONIS
Bahan-Bahan:
300 gm bihun
200 gm udang @ secukupnya- sederhana besar
dibuang kulit dan kepala tinggalkan ekornya -(boleh
juga ditambah sotong, isi ayam, fish ball /cake saya
cuma guna udang sahaja)
cawan kobis bunga - dipotong bunga
1/2 batang lobak merah dihiris serong
4-5 cendawan segar - dihiris nipis
10 biji kacang snow peas
1/4 biji capsicum merah - hiris memanjang
1/4 biji capsicum kuning- hiris memanjang
1/4 biji capsicum hijau - hiris memanjang
5-6 batang putik jagung muda - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris/racik halus
5 ulas bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu makan sos tiram
1 kiub ayam korr
sedikit garam
air secukupnya anggaran 1.5 liter
3 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2
cawan air
sedikit minyak untuk menumis
minyak untuk mengoreng bihun secukup
Cara:
1. Mula2 sediakan bihun dahulu dengan memanaskan
minyak dalam kuali, gorengkan bihun sedikit2 dahulu,
apabila minyak dah panas masukkan lebih kurang
secekak bihun dan bila bihun dah kembang terus
diangkat dan toskan simpan di bekas kedap udara
sebelum digunakan. api jangan terlalu besar nanti
cepat hangus pula.
2. Sediakan pula untuk kuah kantonis. Panaskan sedikit
minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih
cincang dan bawang besar yang dihiris hingga layu dan
berbau harum, masukkan udang, diikuti dengan sos
tiram, lada sulah dan kiub pati ayam, masukkan air
masak sehingga kuah agak mendidih.
3. Masukkan karot dan bunga kobis, apabila dau
sayuran ini agak empuk masukkan sayuran yang lain.
masakkan sebentar hingga bahan2 ini masak tak perlu
lama2. masukkan sedikit garam dan rasakan
kesesuaian rasanya.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah
dibancuh dengan air tadi, masakkan sehingga kuah
agak mendidih dan memekat sedikit padamkan api.
5. Untuk hidangkan bihun, letakkan bihun garing di atas
pinggan dan siramkan dengan kuah berserta sayuran
dan udang, sedap dimakan panas2...
Selamat mencuba

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan