Get Mystery Box with random crypto!

Sup Stok Ayam Dan Ikan Bilis Bahan-bahan: 800 g tulang ayam | Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

Sup Stok Ayam Dan Ikan Bilis

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air


Cara memasak:

Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.

Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ayam selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asal.Tapis dan biarkan sejuk.

Sup ayam ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ayam boleh disimpan dalam peti sejuk.

Stok ayam boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu ataupun dibekukan sehingga sebulan. Tetapi sebelum membekukan stok ayam, asingkan mengikut jumlah yang diperlukan untuk setiap hidangan.

Satu cara yang bijak ialah untuk membekukan stok ayam dalam bekas ais ketul. Dengan melakukan ini, ibu hanya perlu menyahbekukan jumlah sup yang diperlukan.

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan