Get Mystery Box with random crypto!

DIMSUM mudah dan WANTAN viral Bahan-bahan untuk kulit dimsum | Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan

DIMSUM mudah dan WANTAN viral

Bahan-bahan untuk kulit dimsum dan wantan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan air panas


Cara-cara

Campurkan tepung gandum dan jagung masukkan air panas kemudian gaul sampai menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

 Ok, selepas dah uli korang kena canai doh jadi macam ni. Jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang sahaja.

 

Bahan untuk isi

Isi ayam
Telur
Lobak merah
Daun sup
Garam secukup rasa
Kalau ada cendawan boleh masukkan sekali lagi sedap


Cara-cara

Gaul semua bahan di atas kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan garam secukup rasa. Sudah siap gaul masukkan dalam peti sejuk sementara nak buat kuah.


Bahan untuk kuah

1/2 cawan air
Kicap manis
Cili sos
Tomato sos
Sos tiram
1/2sudu cuka mkn
Gula & garam
Air perahan limau


Cara-cara

Masukkan air disusuli semua bahan diatas. Kacau sampai sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa disusuli air perahan limau. Kalau nak bagi pekat bancuh 1 sudu tepung jagung dan masukkan dalam sos.

Kacau sampai mendidih dan tutup api.


Kemudian korang bolehlah buat ikut ‘creativity’ korg. Yang ini yang sebelum masak tau. Bila korang da buat lepas tu korang bolehlah kukus.

 Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan