Get Mystery Box with random crypto!

Ibu dan ayah Dua figura yang sentiasa ada Menemani dalam suka | Parenting Maznah Ibrahim

Ibu dan ayah

Dua figura yang sentiasa ada
Menemani dalam suka dan duka
Kedua-duanya, pelindung dalam keluarga
Membimbing tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka

Namun, kadangkala kita terlupa
Bahawa tidak semua orang mempunyai nasib yang sama
Ada yang tumbuh dalam penuh kasih sayang
Namun ada juga yang menjadi mangsa kitaran keganasan dan kebencian

Kita perlu memecahkan kitaran ini
Jangan biarkan generasi akan datang menderita
Sakit dan luka yang sama seperti kita
Kita harus membina keluarga yang bahagia dan sihat

Kita juga perlu belajar dari kesilapan lalu
Mengubah minda dan tingkah laku kita
Jadilah ibu bapa yang bijak dan sabar
Memelihara anak-anak dengan penuh kasih sayang yang tulus

Kita perlu mempunyai keberanian untuk memecahkan kitaran
Bina keluarga yang penuh kasih sayang dan damai
Jadilah contoh untuk anak-anak kita
Supaya mereka dapat membesar dalam cinta dan harapan yang sebenar.

Ayuh bersama untuk unstuck (pecahkan kebuntuan dan emosi dari kekesalan pengalaman lalu)
Dan bina misi baru
Pasti ada harapan dan menggembirakan si anak tanpa ucapan sedarnya..
Dalam diam mereka mendambakan kita yang lebih mesra, memahami dan mendengari...

Maznah Ibrahim

Webinar Unstuck
https://webinar.maznahibrahim.com/unstuck/?utm_source=t030217